NAK KURUS CARA TRADISIONAL.......
Assalamualaikum W.B.T.........
Assalamualaikum W.B.T.........
Hahahhahhhahha..........rupa-rupanya sudah hampir 4 bulan saya melahirkan anak yang ke-3.Baby semakin tembam.Emaknya pulak, apa lagi semakin gebu.Mula2 bersalin hari tu nampak kurus, tapi semenjak lepas puasa ni semakin berisi pulak.Nak makan ubat kurus bimbang nanti dah berhenti makan takut naik pulak body.So, saya cuba nak cari alternatif lain yang lebih selamat dan jimat iaitu cara tradisional ajelah.Biar lambat asal selamat.Nak try
dulu yang ni.Tapi kalau tak menjadi jugak rasa-rasanya kena cari ubat kurus la ni.
Di bawah ini antara petua tradisional yang diambil dari internet.Kalau nak cuba, jom kita pakat2 cuba2.Tapi kesabaran itu perlu.......
1. Senaman - Paling berkesan
melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang
sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut
kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan
membebankan badan…
2 Makan Makanan Sihat - Seimbangkan diet anda,
lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan
ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Yang menyatakan
supaya menyimpan buah epel hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya
menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga
air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan
sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang
sedang berdiet.
3 Kurangkan Makan - Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan
kuantiti yang berpatutan. Salah satu petua adalah dengan mengurangkan
separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini. Contohnya sebelum ini
anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan
kepada 1 senduk sahaja. Untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan
dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah
sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Buah-buahan ini
boleh juga di ambil di antara waktu makan. Cara begitu perut anda tidak
kosong dan lapar lagi.
4 Eskpresi Diri - Lakukan apa yang
anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan
segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti
kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini
dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan
sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria. Begitulah
ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program
kurus anda.
5 Kawal emosi - Satu lagi perkara yang tidak harus
dilupakan dalam program kurus anda ialah bijaklah mengawal emosi dan
pemikiran anda. Dengan cara ini anda akan bersedia menerima sebarang
kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai
diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri.
Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi
untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang
terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan
mengamalkan gaya hidup sihat. (yang ni susah sikit.Memandangkan saya ni cikgu , emosi tu sukar sikit nak kawal)
Okey, Jom bagi sapo2 yang nak kurus kita cuba petua ni.Ringkas dan selamat......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan