Rabu, 3 Oktober 2012

 

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penumbuhan
Negara Israel.


Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi karena beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.


2. Prinsip Hitler berkaitan Islam.

Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahwa ada tiga peradaban yang terkuat, yaitu Persia, Roma dan Arab.
Ketiga-tiga Peradaban ini akan menguasai dunia satu ketika dulu dan Persia serta Roma telah mengembangkan Peradaban mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka saja.Beliau melihat ini sebagai satu masalah karena Arab akan merusakkan Peradaban Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.Atas rasa kagum beliau pada Peradaban Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentara Nazi semasa perang, walaupun kepada tentara yang bukan Islam.
Beliau juga telah memberi peluang kepada tentara German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana pun juga...bahkan tentara German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sampai mereka selesai solat berjamaah untuk menyampaikan ucapan beliau...Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentara beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan.Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair.Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر)

Artinya : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...


Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan 

isi kandungan ucapan beliau.Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau "Mein Kampf" yang ditulis di dalam penjara bahwa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang
berkaitan tindakan beliau atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua
tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German." Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahwa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada saat waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak)

ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.Ketika itu para doktor menyediakan beliau minum beer sebagai obat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang meminum arak untuk tujuan pengobatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau
alah teh menggunakan Gelas yang khas..


 


Sabtu, 29 September 2012


 20 TIPS MURAH REZEKI........................................




Manusia pada tabiatnya suka kepada kesenangan dan kemewahan. Tapi kadang-kadang terlajak dan akhirnya memudharatkan diri. Berikut adalah beberapa tips dan petua agar dipermurahkan rezeki :
1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman- Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) Azza Wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca
“Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.mohonlah kepada Allah…
19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.
Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.
  NAK KURUS CARA TRADISIONAL.......



Assalamualaikum W.B.T.........

Hahahhahhhahha..........rupa-rupanya sudah hampir 4 bulan saya melahirkan anak yang ke-3.Baby semakin tembam.Emaknya pulak, apa lagi semakin gebu.Mula2 bersalin hari tu nampak kurus, tapi semenjak lepas puasa ni semakin berisi pulak.Nak makan ubat kurus bimbang nanti dah berhenti makan takut naik pulak body.So, saya cuba nak cari alternatif lain yang lebih selamat dan jimat iaitu cara tradisional ajelah.Biar lambat asal selamat.Nak try
dulu yang ni.Tapi kalau tak menjadi jugak rasa-rasanya kena cari ubat kurus la ni.
Di bawah ini  antara petua tradisional yang diambil dari internet.Kalau nak cuba, jom kita pakat2 cuba2.Tapi kesabaran itu perlu.......

1. Senaman - Paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…
2 Makan Makanan Sihat - Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Yang menyatakan supaya menyimpan buah epel hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet.
3 Kurangkan Makan - Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu petua  adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini. Contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Buah-buahan ini boleh juga di ambil di antara waktu makan. Cara begitu perut anda tidak kosong dan lapar lagi.
4 Eskpresi Diri Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria. Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.
5 Kawal emosi  - Satu lagi perkara yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda ialah bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda. Dengan cara ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. (yang ni susah sikit.Memandangkan saya ni cikgu , emosi tu sukar sikit nak kawal)



Okey, Jom bagi sapo2 yang nak kurus kita cuba petua ni.Ringkas dan selamat......

Sabtu, 15 September 2012

Assalamualaikum.........
ANAK ASET KE SYURGA ATAU NERAKA?

Itulah perkara yang perlu difikirkan oleh ibu bapa pada zaman sekarang.Adakah anak yang kita lahir dan besarkan itu dapat membawa kita ke syurga atau neraka? Tapi kita lupa mengenai hakikat itu.Kita lebih kepada mendidik anak kita ke arah duniawi sehingga kita lupa akhirat  adalah yang kekal.Kita mahukan anak yang kita lahirkan itu membesar menjadi seorang doktor, engineer, lawyer atau apa-apa sajalah seperti dalam filem  "Ibu Mertuaku".Kita berasa bangga sekiranya anak kita menjadi seperti itu.sekiranya kita mempunyai 10 orang anak dan seorang menjadi doktor, maka anak itulah yang akan kita sebut2 di bibir setiap kali orang bertanya.Tapi kita lupa adakah anak yang kita bangga2 kan itu mampu menjaga dan memelihara apabila kita tua nanti?

Ustaz Don Daniyal ( Anak Asset ke Syurga atau Neraka)_.mp4

Khamis, 13 September 2012

Bersua kembali setelah lama menyepikan diri........

Assalamualaikum wbt...................

Akhirnya........lama sudah blog ini tidak dibuka.Mlm ini tercapai sudah hasrat hati untuk melihat kembali blog ini hasil kerja  course Multimedia semasa mengambil Diploma Pendidikan lalu.Terlalu banyak yang terbuku dihati ingin ditulis, tetapi lama kelamaan ia berlalu begitu sahaja.Sorrylah kalau rasa blog ini teruk sangat.dah lama tak bukak blog dah tak ingat apa yang belajar dulu.hehhheheh...belajar nak lulus periksa aje...

Malam ni nak tulis yang ringan2 aje.Tak nak menyerabutkan fikiran tulis yang berat2.Pertama sekali nak tulis mengenai "sukarnya menjadi ibu bapa pada zaman sekarang".Kenapa saya menulis demikian?Ia  berdasarkan pengalaman sebagai seorang guru.Mengenai sikap remaja pada zaman sekarang yang semakin berani tidak mengira lelaki dan juga perempuan.kenapa ia terjadi?Inilah agenda Yahudi yang ingin menyesatkan umat Islam.Sedangkan kaum mereka dijaga dengan sebaik mungkin.Keadaan inilah yang menjadikan Yahudi antara bangsa yang paling bijak di dunia.

Yahudi bijak merancang dan yang menjadi mangsanya ialah umat Islam.Tak nak bercerita panjang.Disini tips untuk mendapat anak soleh.


Yang ini gambar anak sedang berdoa dengan ibunya.


doa untuk mendapat anak soleh.






doa ini nak dapat anak cerdik pandai.Pernah buat kat anak2 tapi kadang2 si ibu yang tidur dulu.Anak tidur kemudian.Itu yang tak berapa menjadi tu....



okey itu sahaja........kita berjumpa lagi.