Sabtu, 6 Mac 2010

10 Mayat Tetap Segar Bersemadi

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1. Para Nabi-Nabi
2. Para Ahli Jihad Fi Sabilillah
3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5. Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

3 Bala Daripada Allah SWT untuk Umat Muhammad SAW

قال النبى صلى الله عليه وسلم

سألت ربى ثلاثا , فأعطانى اثنتين ومنعنى واحدةً : سألت ربى أن لا يهلك أمتى بِالسَّنَةِ فأعطانيها . وسألته أن لا يهلك أمتى بالغرق فأعطانيها , وسألته أن لا يُعَجِّلَ بأسهم فمنعنيها

رواه البخاري ومسلم عن سعد ابى وقاص – ص- 160 : تحذيب أطراف الحديث

Aku telah memohon 3 perkara dari Tuhanku tetapi diberi 2 perkara dan ditegah satu perkara:

  1. Aku memohon pada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan dengan kemarau, maka permintaanku diperkenankan.
  2. Aku memohon pada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan dengan ditenggelami, maka permintaanku diterima.
  3. Aku memohon pada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan dengan berbunuh-bunuhan. tetapi doaku ditolak.

PENDERHAKAAN PERTAMA DI LANGIT DAN DI BUMI


أول ذنب

أول ذنب عُصي الله به في السماء هو الحسد (يوم حسد إبليس آدم) وهو أيضاً أول ذنب عُصي الله به في الأرض (يوم حسد ابن آدم أخاه فقتله.

Penderhakaan Pertama kali di langit ialah Hasad iaitu hari dimana Allah mengarahkan iblis sujud pada Adam.as.

Penderhakaan pertama di bumi ialah Hasad ketika anak Nabi Adam membunuh saudaranya sendiri.

5 PERKARA MENGHAIRANKAN

Keadaan dunia semua ajaib tetapi aku hairan terhadap anak Adam yang tertipu dalam lima perkara:

  1. ” Aku hairan orang yang mempunyai kelebihan dunia kenapa tidak digunakan untuk keperluan hidupnya “.
  2. ” Aku hairan orang yang pandai berbicara kenapa masih menurut hawa nafsunya serta mengabaikan perintah Allah SWT dan membaca Al-Quran”.
  3. ” Aku hairan orang sihat kenapa tidak berpuasa setiap bulan tiga hari “.
  4. ” Aku hairan orang selalu tidur hingga pagi kenapa tidak solat dua rakaat waktu malam untuk mendapat pahala “.
  5. ” Aku hairan orang yang berani melanggar larangan Allah SWT, kenapa tidak memikir akibatnya”.